Monday, August 18, 2014

Open House YMG members

Semalam 17 Ogos, aku buat open house untuk ahli group YMG...Tanpa dirancang pun sebenarnya...tp dah memang rezeki...alhamdulillah...dapat juga buat makan2 kat umah ni...Sejak masuk rumah ni hujung tahun lepas...xpernah lagi buat makan2...kira semalam tu 1st time la buat...dah la preggy 37w...hubby xd plak tu...nasib baik ad kawan tolong kemas2 umah sikit...kalu x...memang pengsan kot;)

Sehari sebelum majlis ni, ak mmg letih yang teramat...sebab batuk+selsema+sakit tekak...Tp alhamdulillah lepas tido petang sabtu tu...sakit tekak da kurang...tinggal selsema n batuk je...so xd hal sgt la kan...

Ok...berbalik pada aktiviti open house...aku decide untuk buat rendang tok ayam, nasi impit, bihun goreng...then member ak nk buat laksa...ak  ok je...da org nk tolong kan;)
Malam tu bermula la aktiviti masak memasak...kawan ak duk rebus ikan dia la utk proses kuah laksa...aku plak duk pulun potong lengkuas,serai, halia bagai...untuk buat rendang...sambil2 tu...aku rebus ketupat...sedar x sedar...tgk jam da kul 10mlm...

Setle je kuah laksa member aku...aku pun mulakan aktiviti menumis...kali ni masak utk 3ekor ayam...memang sakit badan gak la malam tu.. siap ak masak rendang semua dlm kul 3pg cmtu...pastu mmg xbley tdo...badan saki2 ok...huhu..Tapi ak lupa nk  amik gambar rendang yang da siap...ap yg pasti respon smua kata alhamdulillah...sedap...ad gak yang duk tanya ad lebih k tak...macam kesian plak...sebabnya ak masak 3ekor tu...mmg cukup2 je...masa ptg tu mmg tinggal serdak2 jer...next time kene masak lebih sikit la kot kan;)

Ok la...cukup takat ni dlu...nnty gambar ak post kemudian k...entry yg seterusnya...nnty ak bg resepi rendang skali...owh ye...lupa plak...xkan la menu sikit sgt kan...menu time open house tu ad rendang ayam,nasi impit, laksa, donut, kek coklet,trifle,kuih lapis, bihun goreng dan buah tembikai...alhamdulillah semuanya licin;)

Thursday, August 14, 2014

PreGGy StOrY~~

Ok...last Tuesday...adalah hari untuk aku gi check up lagi...lebih spesifik time ni repeat scan36week dengan doktor...Rasa excited nak tengok perkembangan baby...sekejap je rasa da masuk 9bulan...tak sabarpulak nak tengok muka baby nanti macamana...huhuhu...

Nak dijadikan cerita...time timbang berat badan...jarum penimbang tu menunjukkan no 75kg...OMG!!!! Baru last week dalam 4/8 check up, berat baru 72.5kg...how come dalam masa seminggu boleh naik sampi 75kg???? Hmmm...memang terkejut juga la...Tapi mungkin betul juga sebab semalamnya aku duk melantak cempedak goreng sepinggan katumah member aku tu...huhu...pastu sebelum gi klinik duk makan nasi dengan 2biji telur ayam goreng...so xmustahil la berat akan naik kan...huhu

Satu lagi yang agak mengejutkan aku, bilamana pegi bilik doc dan scan tumbesaran baby...alhamdulillah...doc kata aku bakal dapat baby gurl;)  Happy jangan cakap la...rasa nak melompat2 je...;) Nak2 bila kita tau yang baby kita sihat...cuma agak terkejut bila doc kata berat baby dianggarkan 3.3kg...amik ko...besar ok...huhu...Tapi insyaallah aku boleh lahirkan dia secara normal n selamat,memandangkan doc kata rangka aku besar...harapnya gitu la kan;) huhu...

Now...sangat tak sabar nak tunggu due date 8/9...sama dengan besday my hubby...harapnya anak ini menjadi hadiah yang terindah buat suamiku...insyaallah...tapi paling x sabar adalah menunggu kepulangan my hubby...harapnya dia dapat balik by 30 Ogos ni...miss him so much:-*


GERAM****

Kadang-kadang rasa hilang sabar dengan blog ni...mana taknya...time kita bersungguh n bersemang nak menulis...time tu la tak boleh nak buka...wrong pasword la...macam2...haishhhh...gerammmmmmmm jer rasa...

Then bila godek2 balik...boleh pulak...memang membantutkan mood nk menulis...huuu...sabor je la...

Wednesday, May 7, 2014

RupaNya HaRi iNi HaRi CutY~~~

Ni kisah aku untuk hari ni...sepatutnya aku ad appoimnt klinik untuk BSP... Disebabkan BSP ni memerlukan aku ulang alik ke klinik sebanyak 4kali sehari. So, aku pun freekan la masa aku untuk hari ni...Malam tadi macam biasa...aku tetap lelapkan mata dalam jam 4pagi walaupun semalam tu aku x tdo siang...tak tahulah ini sebab pembawakan budak atau apa...tapi yang perasan...sejak mengandung 5 bulan ni...memang mata terlalu susah nak lelap walaupun badan teramatlah letih...:(

wahai baby...be nice to momy k...cz ur babah duk jauh...nnty da kuar jangan berjaga malam2 macam momy tau:)

So, berbalik kepada cerita hari ini, aku dengan semangatnya bangun sembahyang subuh macam biasa,then tunggu jam kul 7.45 untuk pegi ke klinik...Sampi kat klinik, aku agak pelik sebab xbanyak kereta parking...Kira senang cakap lengang la klinik arini...kalu x, nak parking kereta pun berpusing:)

Then tanpa pikir panjang, aku pun masuk je kat dalam macam biasa...Lagi terkejut sebab ad sorang je patient yg pgg baby n sedang menunggu...then ad la 2-3 orang nurse kat situ...Bahagian pesakit luar mmg gelap...xde sorang pun kat situ...

Dalam 15minit macam tu, nama aku dipanggil...terus masuk ke bilik rawatan 2...then soalan dia, kenapa datang hari ini???Ada ke nurse tu tanya ak camtu...aku pun cakap la yng aritu nurse gak duk tel aku bgtau BSP buat 7hb...so, aku dtg la...then dia pun cakap hari ni cuti...Aku pun pelik...Pahang cuti hari ni??? (dlm aty mmg excited...sbb perut sgt lapar ok!!!)

So, aku pun keluar dengan senyum lebar...membayangkan makanan yang aku boleh makan lepas tu :)

Ntw balik, aku singgah kat food court tepi jalan...haaa nak tau apa aku beli???aku beli kuih, pastu nasi kerabu daging...nasi berlauk ayam...ngan soto:) beli siap2 untuk stok sehari makan k...huhu

Baby la paling happy sbb momy dia makan banyak arini...:)

ok la...next tyme sambung lagi k...byeeeeee!!!




Saturday, May 3, 2014

~~Sakit pinggang...

Hai semua,,,

Hari ni hari cuti...tapi keje macam aku ni...bila2 pun hari cuti gak...hahahaha

Sebenarnya tak tau nak tulis apa hari ni...cuma nak bgtau yang pinggang n perut aku agak sakit 2-3 hari ni...
Mungkin sebab kesan aku angkat kotak susu kambing tempoh hari kot...
Ye la...mana taknya, berat kotak tu dlm 12kg kot...da la preggy...hmmm...tp kalu aku x angkat sapa nk angkat...huby da la duk jauh...harap2 la dia dapt tukar cepat:)

Sekarang ni aku cuma mampu berdoa n ckp kat bby supaya dia kuat duk dlm perut ak ni...al maklumla...mumy dia ni lasak sikit...pernah satu hari tyme kursus, aku duk berlari nk kejar tempat...semua org duk kata kat aku supaya hati2..huhu...insyaallah, after this mumy akan sopan santun k bby:)

Ok la...cukup takat ni dulu k...sbb xlarat nk duk lama...pinggang xberapa nk selesa skang ni:)

Bbyeeeeee...

Thursday, May 1, 2014

~~ThrowBacK KehiDuPaN

Tetiba rasa rindu dengan moment kawen 1 tahun yang lepas...
Acctually, tarikh nikah aku 29 Mac 2013, tapi tarikh resepsi pula 1 Jun 2013 (21 Rejab)...
So, aku ada 2 tarikh untuk anniversary...hahaha...tapi aku lagi prefer untuk celebrate 1 Jun kot...sebab cuti sekolah agak panjang :)
Almaklumla...suami saya tu cikgu...jadi kalu tak cuti, gamaknya xle la nk sambut bagai...

Kehidupan aku ternyata berubah 360 darjah lepas bergelar isteri org... Tak sangka perkenalan selama hampir 7 tahun membawa kami ke jinjang pelamin...Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga Allah...insyaallah :)


Ni masa akad nikah :) 
Ni malam resepsi...tyme ni xdan nak pakai inai lagi :p


ha...ni tyme resepsi 1jun13 :)





































Disebalik perkahwinan ni, banyak cerita manis dan pahit sebenarnya...tapi biarla ia hanya menjadi satu sejarah dan pengajaran dalam hidup ni...

Sungguh!!!perkahwinan ni menjadikan aku lebih dewasa...dan yang paling aku happy, bilamana aku rasa sentiasa dilindungi setelah sekian lama hidup sendiri...

Alhamdulillah...aku bersyukur sangat dengan anugerah terindah ini...Fakhrur Razi bin Shamsukamar...insan yang paling istimewa...insan pertama yang bertakhta di hati...dan pastinya dia tidak akan ada pengganti:)

Hadirnya dia bergelar suami melengkapkan diri aku yang sebelum ini kosong dengan kasih sayang...Ternyata...dia pengubat rindu aku pada arwah mak dan ayah...Terima kasih Allah :)

AkU KeMbALi~~~

Ya allah...setelah hampir 4 tahun menyepi dari dunia blogging...kini aku kembali...

Bukan apa...sebenarnya dah terlupa pasword n cara nak buka blog ni...
Tapi bila nak buat yang baru...macam sayang plak...sebab blog ni bermulanya cerita aku :)

So, hari ni, detik 3.00pg, aku gigihkan juga diri ini untuk try n error macamana nak log in semula blog ni:)

Dan akhirnya alhamdulillah...aku berjaya!!!

Rasa nak melompat2 pun ada bila dah bley update blog ni...:)


Monday, May 17, 2010

~ PuTaRaN KehIdUpaN~

andai waktu mampuku putar...
pastinya kesilapan ini tidak ku lakukan...
andai waktu mampuku kawal...
pastinya kebahagiaan kuhadiahkan buat semua...

namun apakan dayaku sebagai manusia...
yang hanya mampu bersserah pada yang ESA...
adakah ku kan rebah di hujung usia...
atau ku kan terus kecapi bahagia...

pergilah pergi wahai sang duka lara...
jangan kau hinggap di hati yang inginkan tawa ria...
sudah penat untukku rasa...
sakitnya amat berbisa...

bahagia...gembira...datanglah di hati...
agar tiada lagi insan yang disakiti...
cukup cuma aku yang merasai...
peritnya menjadi seorang yang dikhianati...

Tuhan...
berilah aku peluang dan kekuatan...
agar mampu kukesat tangisan...
yang bersembunyi di balik senyuman...

Tuesday, April 27, 2010

BilA DuNIa KiAn PaRaH MeNdErITA

Oleh : Nor Khairiah Binti Hamzah

Isu pemanasan global bukanlah satu isu baru untuk diperkatakan. Malahan, ia merupakan isu yang telahpun wujud berabad lamanya. Kajian terawal berkenaan dengan peningkatan suhu bumi ini telahpun dilakukan oleh Joseph Fourier dari Perancis pada tahun 1768-1830 yang mendapati bahawa, pembebasan gas-gas ke atmosfera boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi (Brenda & K.Lee. 2008). Setelah berkurun fakta ini ditemui, bayangkan situasi pada hari ini dan akan datang. Tatkala semua negara berlumba-lumba untuk mencapai status negara maju, banyak pusat perindustrian ditubuhkan. Situasi ini secara tidak langsung menjadi penyumbang terbesar terhadap pembebasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera yang seterusnya menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya isu ini semakin hangat dibincangkan. Resolusi untuk mencapai kata sepakat dunia dalam mengurangkan fenomena ini kerap kali dilaksanakan tetapi akhirnya hanya menemui jalan buntu. Setelah empat dekat Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelestarian alam sekitar, isu pemanasan global pasti dipilih menjadi topik utama. Bermula tahun 1989, isu ini telahpun menjadi tema kepada Hari Alam Sekitar Sedunia. Tema yang sama dipilih pada tahun 1991, dan telah diangkat sebanyak tiga kali secara berturut-turut sejak 2007.Perkara ini membuktikan kepada kita betapa dunia pada hari ini sedang menderita menanggung keperitannya. Semakin hari, peningkatan suhu bumi semakin meningkat yang menyebabkan bahangnya semakin dirasai. Atas kesedaran yang wujud, United Nation Environment Programme (UNEP), sekali lagi menjadikan isu perubahan iklim global sebagai fokus utama pada tahun 2009. Rentetan daripada kesungguhan tersebut, satu persidangan dunia berkenaan Perubahan Iklim Global(Global Climate Change Conference) telahpun diadakan di Conpenhagen, Denmark pada 7 hingga 18 Disember 2009. Persidangan yang menemukan wakil daripada seluruh dunia ini diharap dapat mencapai kata sepakat dalam mengurangkan masalah ini.

Jika kita imbau kembali sejarah, pencemaran alam yang agak kritikal telahpun berlaku lebih dua ratus tahun yang lalu iaitu ketika revolusi perindustrian. Pada waktu itu, aktiviti manusia telah menyumbang kepada peningkatan suhu bumi yang merangkumi darat dan laut. Dianggarkan, peningkatan suhu bumi berlaku antara 0.4 hingga 0.8 darjah Celsius dalam tempoh seratus tahun.

Peningkatan ini disebabkan oleh pelepasan gas-gas yang dikenali sebagai "gas rumah hijau", terutamanya karbon dioksida di ruang atmosfera. Isipadu karbon dioksida meningkat dari 280 ppm pada 1800 kepada 315 ppm (1958) dan 367 ppm (2000), peningkatan 31 peratus dalam tempoh 200 tahun (Utusan. Desember 2009).Keadaan menjadi lebih teruk apabila bahan api fosil digunakan sebagai sumber tenaga, serta penggondolan hutan dilakukan untuk projek pembangunan. Natijahnya, isi padu karbon dioksida dijangka terus meningkat di antara 540-970 ppm menjelang tahun 2100. Bencana alam yang sering berlaku sejak kebelakangan ini telah membuka mata banyak pihak mengenai peripentingnya mengawal keseimbangan alam sekitar terutamanya yang membabitkan industri besar. Umum mengetahui, tatkala bencana alam berlaku, banyak tanaman, tempat tinggal, dan ekosistem yang musnah. Perkara ini menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang besar untuk membaikpulih kepada keadaan sedia kala.

Jika kita masih ingat, dunia baru sahaja dilanda Taufan Katrina Di Amerika Syarikat pada tahun 2005 serta banjir luar biasa di Sumatera (2006). Tidak cukup dengan itu, Taufan Ketsana dan Parma di Filipina yang membawa banjir besar telahpun berlaku pada tahun 2009 yang mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia. Perkara ini boleh dianggap sebagai amaran bumi terhadap kealpaan dan kelekaan kita dalam menjaga keseimbangannya. Sungguh tinggi nilai yang harus dibayar apabila kesan daripada peningkatan suhu bumi ini mula menunjukkan taringnya. Di Malaysia misalnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, saiz negara semakin mengecil sehingga jarak 40 meter akibat hakisan pantai di 33 lokasi. Selain itu suhu di negara ini semakin meningkat kepanasannya berbanding 20 tahun lepas (Utusan. Desember 2009). Selain itu, peningkatan suhu bumi pada hari ini juga telah menyebabkan bilangan ribut taufan kategori 4 dan 5 meningkat dua kali ganda untuk beberapa dekad ini. Aras laut juga semakin meningkat sehingga menyebabkan kawasan rendah tidak lagi sesuai untuk didiami.Bertitik tolak kepada perkembangan kenaikan suhu bumi pada hari ini, United Nation Development Programme (UNDP) telah mengambil inisiatif untuk mengisytiharkan “perang” terhadap perubahan cuaca melalui Human Development Report (HDR) 2007/2008. Selari dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, usaha untuk menyedarkan masyarakat mengenai fenomena pemanasan global merupakan agenda utama dunia.

Tema HASS 2007, telah tertumpu terhadap usaha menyedarkan masyarakat betapa isipadu air laut telahpun meningkat sehingga memberi impak terhadap fenomena hakisan pantai serta pengecilan saiz sesebuah negara. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pencairan ais di kutub akibat daripada suhu bumi yang tinggi.Begitu juga dengan tema HASS 2008, yang mana ia lebih kepada mendedahkan tabiat manusia yang tidak mesra alam sehingga membawa kemudaratan seperti pencemaran alam sekitar, perubahan suhu bumi yang sekaligus mengundang bencana alam. Pada tahun 2009 juga, masih mengenai isu yang sama. HASS 2009 telah menekankan mengenai peripentingnya asas dan nilai dalam melindungi bumi. Nilai bekerjasama telah dipilih sebagai nilai utama dalam mencegah perubahan iklim.

Perkara ini merujuk kepada komitmen semua negara samada negara maju, membangun mahupun mundur bersama-sama berganding bahu dalam menyeimbangkan semula suhu bumi melalui pelestarian gaya hidup individu. Tiada lagi pihak yang boleh menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan, kerana ia adalah tanggungjawab bersama. Sejarah kegagalan Protokol Kyoto yang tidak mendapat persetujuan daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tidak seharusnya berulang kembali.Justeru, pemimpin dunia perlulah merealisasikan tema HASS 2009 melalui inisiatif Persidangan Perubahan Iklim Global yang telah diadakan di Copenhagen, Denmark. Jangan hanya sekadar persidangan, namun tiada memberikan apa-apa sumbangan terhadap perubahan iklim dunia yang semakin kritikal umpama telur dihujung tanduk. Persidangan ini boleh dianggap sebagai peristiwa besar dunia yang menjadi penutup tirai 2009. Namun, ia bukan bermakna usaha itu terhenti setakat persidangan itu sahaja. Malahan, kesinambungan usaha tersebut akan sentiasa diteruskan oleh semua negara.Walaupun, persidangan itu gagal mencapai matlamat konkrit untuk mengambil tindakan ke arah menangani isu pemanasan global tetapi sekurang-kurangnya pemimpin-pemimpin dunia telah mencapai komitmen politik yang jitu untuk berusaha bersungguh-sungguh menangani gejala pelepasan gas rumah hijau yang kini mengancam dunia (Utusan. Desember 2009). Secara tidak langsung, persidangan ini telah berjaya membuka mata semua pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat tentang kritikalnya ancaman yang sedang dihadapi oleh bumi akibat pemanasan global.Persidangan ini juga sedikit sebanyak telah berjaya membawa dua buah negara yang paling banyak menyumbang kepada pemanasan global untuk sama-sama bertolak ansur dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau terutama mengenai isu ketelusan maklumat dan data serta komitmen AS untuk menyumbang dana bagi membiayai program mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di negara-negara membangun (Utusan. Desember 2009).Namun, masih ada beberapa perkara yang perlu diperincikan bagi memastikan usaha persidangan ini mendapat sokongan daripada semua negara. Ini kerana, terdapat beberapa buah negara membangun seperti Venezuela, Cuba, Sudan dan Bolivia menentang cadangan AS itu dan menyifatkannya sebagai tidak dapat diterima kerana ia tidak menetapkan sasaran spesifik jumlah pengurangan pelepasan gas rumah hijau (Utusan. Desember 2009).

Sekiranya persidangan kali ini masih gagal mendapatkan kata sepakat untuk mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau di atmosfera, dikhuatiri negara-negara pulau seperti Maldives dan Botswana serta Bandar-bandar di pinggir pantai seperti Venice akan tenggelam dan negara seperti Nepal akan ditimbus glasier yang runtuh dari Pergunungan Himalaya.

Tuntasnya, isu pemanasan global ini tidak akan berakhir selagi mana tidak wujud kesedaran yang mendalam mengenainya. Usaha bersepadu daripada semua pihak, tidak kira individu mahupun industri di setiap negara juga haruslah mengambil langkah drastik dalam mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau yang boleh menyumbang kepada peningkatan suhu bumi. Hargailah bumi yang dikurniakan kepada kita sebaiknya, kerana, bumi yang bersih, membawa kehidupan yang sejahtera.

Friday, March 19, 2010

~bayi oh bayi....~

hmm...tahun ni, aku bakal menerima 4 orang baby baru dalam idup aku...acctually, 2 owg dah pun tengok dunia ni...tinggal lagi 2 org yang masih dlm perut mama-mama dia...hihihi

baby pertama lahir, anak sedara aku...nama dia mohd rashidi ishak...sebenarnya, dia anak kepada kakak tiri aku...minggu lepas, baru je tengok dia...comel sangat...hihihi...tapi, waktu tu x sempat nak amek gambar...cz waktu aku balik kampung tu, aku balik kejap jer...itupun sebab akak tiri aku yang kat pahang duk pujuk aku balik...hihihi...masa tu, memang best...walaupun just balik satu malam jer...tapi, sangat bermakna sebenarnya...lepas ni, ntah bila pula boleh balik kampung lagi...rindu plak rasanya...

ish...dah melalut panjang plak...hihihi...ha, baby kedua yang dah kuar adalah baby bakal akak ipar aku...insyaallah...andai dipanjangkan jodoh olehNYA...hihihi(malu plak). yang ni, baby girl lak...namanya agak panjang la...zul 'izazi afaf hayati...panjang kan?? habis la bakal suaminya nak akad nikah nanti...hihihi...tapi, aku just sempat tengok dalam FB jer...cz mama dia dah upload gambar...leh la nanti aku share dalam ni...hihihi...pun cumel...


zul 'izazi afaf hayati



sangat comel...moga jadi anak yang solehah...


ha...bulan 8 ni plak, aku bakal menerima 2 orang baby lagi...bukan baby aku yer...tapi ank abang aku n anak kepada anak sedara aku...ish...dah jadi nenek dah aku ni...tak sangka plak hidup aku sejauh ini dah...;-)

Thursday, January 28, 2010

DEMAM

Hai semua...sejak semalam, badan aku mula rasa tak sedap...
semalam, aku g ke Institut Jantung Negara n Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mintak sponser n kerjasama..

Alhamdulillah...layanan dyorang baik...
walaupun xdapat dari aspek duit, at least dapat untuk wat pameran bagai...
tu pun dah cukup...

Waktu aku ke hulur ke hilir tu la aku rasa tekak ni makin perit untuk menelan air liur..
dan pada waktu tu, aku dah mulai rasa lain dengan badan aku ni...

Tapi, memang pantang aku untuk melayan demam ni...
so, balik je dari minta sponser, aku mandi2, then terus g debat...
tapi, aku x sparring la...
just cari maklumat2 jer..

Pastu, balik je debat, badan aku terus x larat,,,,
aku terus tertido...

Pagi tu...bajet class batal....
ye la...kan hari mengundi...
tapinya, class tutor tu tetap ada k...
kul 11...memang down kejap...

Waktu aku siap2 nak g clas tu, memang ada niat nak g mengundi walaupun xtau nak pangkah sape..
tapi bila tengok org beratur bagai...malas la...
hihihi

Last2, memang aku x ngundi pun...
lantaklah apa jadi pun...
dah la badan aku panas giler waktu tu..
mukus pun asyik keluar jer...
huhuhu...

Then, aku terus jer g clas...
abes clas g makan...
pastu jumpa ngan lec aku sampai la petang...

kul 8, baru aku sampai bilik...
kononyer, bila kita x layan demam ni, makin kebah la kan...
tapinyer sebaliknyer plak yang berlaku...
temperature aku makin panas ada la...

X tahu la demam ni sebab rindu, or sebab mandi-manda kat PD aritu...
huhuhu...k la...xlarat dah..
nak tido plak...
salam..

Tuesday, January 26, 2010

RINDU

ntah kenapa, sejak semalam, aku asyik teringat kat mereka berdua...sehinggakan aku x mampu menahan airmata daripada terus mengalir...dan malam ini, sekali lagi airmata aku mengalir untuk mereka...mereka yang hampir 7 tahun meninggalkan aku...mereka yang amat aku sayang...pada siapa untuk aku mengadu...aku rindukan mereka...rindukan belaian mereka...rindukan pelukan mereka...sentuhan mereka...rindukan saat2 bersama mereka...rindu sangat2...

Ya Allah, letakkanlah mereka diantara org2 yang beriman...jauhkan mereka dari azab kubur dan api neraka...damaikanlah roh mereka...sesungguhnya, aku amat menyayangi dan mengasihani mereka...tanpa mereka, aku tidak lahir ke dunia...maka, Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku semasa aku kecil...tempatkanlah mereka dalam kalangan mujahid dan mujahiddah islam...ameen...

mak, ayah, ayong rindu...rindu sangat2...maafkan ayong...

Sunday, January 24, 2010

UPU VACATION - PD-

Hampir sekian lama x update blog, tetibe malam ni terdetik ati nak menulis something...
very sweet memory...nice so much... memang about happy family...

Walaupun UPU (urusetia perucapan umum) ni xde pertalian darah secara langsung,
tapi ikatan ukhwah kitowg sangatlah akrab...
sebab tu kami digelar keluarga UPU...huhuhu

Untuk tahun 2010 ni, buat pertama kalinya upu mengadakan vacation secara besar-besaran...
huhu...3 hari 2 malam, di Port Dickson...
memang best...

Acctually, terlalu banyak sangat aktiviti yang kitowang buat...
tapi, yang paling best adalah semasa mandi pantai...waktu naik banana boat n donut...
memang adventure...hihihi...

Waktu tu, macam dah x cukup suara jer nak menjerit...hahaha
waktu naik banana boat memang agak sakit sikit...coz, sampai kat tengah2 laut, dia akan jatuhkan semua org...so, nasib la macam mana...
yang aku memang x bley blah, bila aku jatuh, then pelampung yang aku pakai terbuka...
waktu tu plak, kat tengah2 laut...nasib baik aku sempat diselamatkan...tambah pulak, waktu tu aku x leh bernafas, cz perut aku terhentak something...
Ya Allah, memang Allah masih bagi aku peluang untuk terus hidup...Alhamdulillah...

Lepas je main banana boat, macam besala, duk mandi2 lagi, main tanam-tanam org dalam pasir, main istana pasir, posing2...n main kuiz2...regu pun kitowg main...huhuhu

Nak dijadikan cerita, waktu kitorg ngah wat istana pasir, tetiba ada sowg abg ni datang...
tau dia wat apa???

Dia datang duk promote donut boat....
katanya, best...ala2 kita drift gitew...
Pastu, aku pun ngan bangganya, nak mencuba...
Dan aku antara org pertama yang cuba benda alah tu, ngan suhaimi n kak mina...
acctually, menda tu leh naik 3 or 2 org...
RM 20 ringgit satu kepala...

Nak tau tak perasaan naik menda tuh???
Ya Allah...
Hanya tuhan jer yang tau macamana...
mula2 agak kecut perut...
bayangkanlah, dah la dia tarik laju...
then kita kene pegang betul2 kuat...
waktu dia pusing, memang rasa nak terjatuh...
tambah plak, kalu kita duk kat tepi...
memang rasa nak terjatuh dalam air la...hahaha
Kalu tangan x cukup kuat untuk pegang, lebih baik xyah naik...
cilap2, bley tercampak kat tengah2 laut tuh...
huhuhu...waktu ni la aku rasa macam tengah terbang...
dan kadang2 rasa kecut perut n xde suara nak menjerit lagi...huhuhu

Hmm...cukup la dulu takat ni...
mengantuk la pulak...
lagipun, sok pagi ada kuiz...hihihi (x baca apa pun lagi)...
cerita n gambar2...next entry la yer...
hehehe
banyak lagi benda nak citer benarnya...
papepun, vacation kali ni, memang best!
best sangat2!!!!

THANKS 4 ALL OF AKASIAN N ALAM....WE ARE HAPPY FAMILY EVER N EVER...
LUV U ALL....

MAJU DEBAT UNTUK UKM...(TIBAAA JAH...)

Friday, January 1, 2010

SeLaMaT TaHuN BaRu 2o1o

tak tahulah dah berapa lama aku x update blog ni...
mungkin sebab terlalu malas nak menulis...
walaupun, banyak je benda2 yang nak dikongsi bersama...
tapi, xpela...huhuhuhu

hari ni merupakan hari pertama 2010....
dan biasalah, bila tahun baru, kita mesti akan pasang azam baru...
tapi, aku sering bertanya pada diri aku sendiri...
sejauh mana azam yang kita pasanga pada awal tahun itu, kita ingat dan kita capai....
kadangkala, bila terlalu banyak azam, mesti ada yang terlupa...

hmmm...
pada aku, memang x salah memasang azam baru...
cz benda tu akan menjadi kerangka awal tindakan kita sepanjang tahun...
untuk tahun ni, azam aku lebih spesifik berbanding tahun2 sebelum ni...
nak tau apa dia??

antara azam2 aku adalah :

1) nak amalkan cara hidup sihat-bersenam setiap petang
2) nak dapatkan sijil2 debat dan aktiviti lain yang masih belum dapat
3) nak naik debat dan pergi ke final
4) nak dapat 4.00 untuk final exam ni
5) nak lebih berdikari dari semua aspek

nielah azam aku yang aku nak capai tahun ni...
azam ni x sama ngan azam tahun baru islam...
untuk tahun islam...
aku juga mempunyai azam yang tersendiri...
apa kandungan azam tu, biarlah menjadi rahsia...
kang org kata riak plak...
huhuhu

apa2 pun, aku akan cuba sedaya upaya untuk mencapai setiap azam yang dah aku gariskan ni...
dan, tahun ni merupakan semester akhir aku di universiti, so, aku kene do something untuk masa depan aku...


Tuesday, November 10, 2009

~ Bila Kemalasan Bertandang~

Warrrggghhhh!!!! nie la akibatnyer bila kemalasan tu datang.... Aku pun xtau nak buang macam mana... 8 hari gap untuk paper exam yang terakhir membuatkan aku macam orang giler dah kat bilik ni...

Semua bende aku dah buat...meronggeng pun dah...semua la...kisah pasal meronggeng tu, nanti la aku citer kat entry len... skang ni aku nak citer pasal keje aku yang asyik makan, tido, makan, tido n makan, tido....

Bak kata owg, memang xder keje len la... Bayangkan selama 6 hari aku macam tu... Sampi Mr R dah cakap aku ni tembun dah... hahahaha...

Tapi yela, disebabkan oleh ketiadaan keje (walaupun ada, tapi wat2 xder jer...) aku pun dok suka2 jela kat bilik ni...menari, menyayi, meronggeng, sesemua aku wat walaupun just kat bilik... nak tau macamana aku meronggeng dalam bilik???bukan menonggeng tau,,,aku bejalan dari katil aku ke katil rumate aku, patah balik ke katil aku dan seterusnya macam tula ...hahahaha

Dalam tempoh masa ni gak, setiap hari aku akan makan, pagi biskut ngan air vico, tengahari, nasi berlauk, petang naik malam ckit nasi kosong+telur dadar+sup daging yang harganya rm4.50 jer... tapi memang sedap...Pastu malam plak aku akan makan maggi...
hahahaha

Dan bayang kan, setiap kali aku pas makan tuh, aku akan tido begolek2 atas katil yang empuk lagi wangi ni....huhuu...so, macamanala badan ni x naik macam dipam2 kan...hahahaha

So, kepada sesapa yang nak tiru rutin yang sihat nie, "tiru macam saya..."hahahahahah

Tuesday, November 3, 2009

Exam Week

Huhuhu....start 26 oktober yang lepas UKM dah start exam...Nak dijadikan cerita, sem nie agak mencabar untuk aku...mana taknya, 29 dan 30 oktober ada 2 paper straight. Pastu, sambung 3 november, ada 2 lagi paper, pagi n petang, macam nak muntah jer study...Pastu, esok pulak 4 November ada saru lagi paper...dan paper terakhir aku adalah pada 12 November nanti... Agak mencabar la gak sem ni, coz xd gap sangat untuk study antara satu paper ngan satu paper yang lain...Tapinyer, bende yang paling sedih bila paper terakhir tu makan masa yang terlalu lama...Yela, kalu abes awal, boleh aku balik umah terus...Dahla 13 November dah start perkampungan debat...Tak sempat nak balik...huhuhu...sedih siut...Anak sedara aku nikah 31 oktober yang lepas pun aku xdapat nak pegi...huhuhu...hopefully kenduri kahwinnya 22 November nanti, aku bley la g tengok...hehehe...apala hadiah nak bagi nanti...kalu anda semua ada apa2 idea, bagitau la ye hadiah p yang sesuai...ada 2 orang anak sedara pompuan aku yang akan kawen hari tu...huhuhu...Bila la aku plak nak kawen kan??hehehe...K la, nak sambung study semula...

p/s: pada sesiapa yang sedang mengambil exam tu, gud luck diucapkan,,,Caiiiiyyyyoookkkk!!! Exam hanya sekali...biar susah sekarang, senang kemudian...hehehehe

Thursday, October 15, 2009

Keje GileR!

Semalam, ntah apa yang ada dalam kepala otak nie, tetiba je dapat idea giler...

Mula-mula, petang tu aku n kawan rumate aku wat suprice party kat rumat aku ni...
beli la kek bagai...
pastu, kitowang makan kek ditambah ngan air jus tembikai n just tembikai susu...

Sampai la kul 6 petang...duduk2, sembang2...

tetiba,

kak tasya : "jom kuar nak??

kak nazirah : "g mane?"

me : "tengok movie nak!! ala, kita tengok kat kajang dah la..."

kak tasya : "kita tengok papadom lagi nak x??"

me : "jom!! jap, nak bagitau kat laki kita jap...kita g naik bas, nanti kita suh dia amek kat
kajang tuh..."

kak nazirah : "bley ke nak nek bas ni...bukan dia selalu x bagi ke..."

me : ala, x cuba x tau...jap eh, try call...

setelah beberapa kali call dia, x angkat2...so, bengang gak la...so, aku anta je sms...tapi, hati tetap nekad nak pegi tengok movie lagi pas maghrib...hahahaha

tetiba, kul 7, dia call...

dia : "awak cakap nak pegi mana?!!sape bagi nak nek bas...suka suki jer...ni sape yang ajar2
nak nek bas ni??!! dah pandai eh! kuar esok je xbley k??!! (nada marah + x puas hati)

me : "ala....bukan selalu...saya tension kat sini...awak asyk sibuk jer...plzzzzzzz (nada ala2 manja
memujuk-geli siut..huhuhu)

dia : "esok je la awak...siapkan xsgment tu dulu... k"

me : "xnak!!plzzz, kali ni jer...(masih berusaha mencairkan dia huhuhu)

dia : "yela2, sape lagi nak pegi??

me : "awk ajak la member awak, saya nak jejalan ngan member saya...kat sana nanti kita jadi single k...hehehe" (nada seronok giler)


tepat kul 7.30, pas maghrib, kitowang pun mulakan operasi...Perancangan awal nak ke kajang je, diubah ke alamanda...then tetiba plak dalam kete, perancangan nak tengok movie tu diubah plak ke mines...huhuhu...memang ntah apa2...

elok sampai je kat mines, memang dia wat keje giler ngan aku...mana tidaknya, beli tiket wayang asing2...aku,k.tasya n k.nazrh beli tiket untuk tengok citer papadom...yang dia beli tiket citer apa ntah...pastu, kitowang makan pun asing2...

aku mula2 macam bergurau je cakap jadi single tuh...tetiba dia memang buat...ish2...tapi, best gak jadi single satu malam...hahahaha

cumanya, kitowng ingat, pas je makan, nak g tangkap2 gambar,,,tapinya x sempat...pastu, tukar plan tangkp gambar pas tengok citer...

tetiba jer, 2 orang mamat yang bawa kitowang tuh nak terus balik...alasan nak berjogging,,,bengang je dengar,,,

tapi, papepun, malam tadi memang best...hahahaha...gelak macam nak mati dah...huhuhu

~~~~Supppprriicceeee!!~~~~

Tanggal 6 Oktober yang lepas, genaplah 3 tahun hubungan aku ngan si dia...
tapi, aku agak sedey hari tue, coz xdapat jumpa ngan dia sepanjang hari....
mana tidakknya, dia class dari pagi sampai petang...

pastu, masa class skali ngan aku tuh, dia bley wat tak layan aku plak...
sedey aku dibuatnya...
budget nak la g celebrate...
makan McD pun xpela...
tengok movie k...
apa ke...
ni tidak...

Last2, akupun balik bilik dalam keadaan yang sangat kecewa...
rasa nak terjun bangunan jer...
aku ajak g teman makan pun xnak...
alasannya :

"saya nak pegi jogging la wak..""

berapi jer telinga aku dengar...
so, dengan hati yang marah, aku terus balik bilik...


malam tu...dalam kul 8.30 malam...
tetiba...telefon aku berbunyi...

"awak, datang kat kolam ikan depan kolej awak skang..."

"nak watp??" malas la... (merajuk konon)

"datang je la...."

Aku pun terus g ke tempat yang dinyatakan...
sampai-sampai je, xde apa pun yang terjadi...
aku tanya, xnak g makan ke...
tetiba...

"tutup mata awak jap..."

"asal plak nak men tutup2 mata ni..." "kot nak bawa g makan ke,, apa ke...best r jugak""(nada geram)

"tutup jelah...pastu, tadah tangan""
aku pun ikut jela...dengan bunyi puisi yang tak berapa jelas, diiringi ngan lagu, dia memberikan aku sesuatu yang tak pernah aku sangka...

sejambak bunga ros merah...

ada 5 kuntum kesemuanya....dan ia melambangkan " i love u so much"

agak terharu aku dibuatnyer...
tapi ye la...
malu punya pasal, buat-buat la tak suka...
besa la...
pompuan...
x sangka dia tu romantik gak orangnyer...
hahahaha

after daripada tuh, dia terus sambung aktiviti dia semula...
jogging + gym....

thanks my dear...

i love u so much...
moga hubungan ni berkekalan...

"maafkan saya kalu selama ni saya selalu x memahami awak..."

"apa pun terjadi, awak tetap saya sayang...."







Thanks my dear...




Tuesday, October 13, 2009

~penantian tidak berpenghujung~


Bila aku tengok gambar ni...
aku terus terkenang kisah lalu...
kali terakhir aku mencium tangan dan dahi mak dan ayah...
hampir 6 tahun yang lalu...
dan selepas itu, tiada makna lagi dalam istilah raya...
kemeriahan yang aku rasai dulu...
bukan kagi milikku...

Dan setiap kali aku melihat gambar ini juga...
aku terbayang insan yang menyayagi aku...
adakah cukup dengan apa yang aku ada sekarang...
bagi membalas jasa kalian membesarkanku...
yang menjadi pengganti ibu dan ayah ku...


~cinta itu datang lagi~

Dah sekian lama aku x update blog nie...Terlalu banyak perkara yang dah berlaku....Pada aku, masa dan keadaan memang mematangkan aku sebagai insan di muka bumi ini...Pelbagai ragam manusia juga aku jumpa di alam semesta ni...Dan, tak disangka, sem nie semakin menuju ke pengakhirannya...Sekaranglah masa aku untuk persiapkan diri bagi peperiksaan akhir...dalam masa yang sama juga, pelbagai masalah timbul n menimpa aku...dan waktu ni juga aku teringat mak n ayah yang dulunya sentiasa bersama aku walau senang atau susah... Ape-ape pun, aku kene tabah hadapi semua ni...Bak kata ummi aku dulu, tuhan xkan menguji hambanya jika hambanya itu tidak mampu memikulnya...dan aku yakin, aku mampu atasi semua masalah ni... Biar orang lain gembira, walau hati aku sedikit terluka, biar org lain bahagia, walau hati aku sedikit merana... Selagi diri ini mampu tersenyum dan menghiburkan hati orang lain, selagi itu aku akan lakukan...