Monday, May 17, 2010

~ PuTaRaN KehIdUpaN~

andai waktu mampuku putar...
pastinya kesilapan ini tidak ku lakukan...
andai waktu mampuku kawal...
pastinya kebahagiaan kuhadiahkan buat semua...

namun apakan dayaku sebagai manusia...
yang hanya mampu bersserah pada yang ESA...
adakah ku kan rebah di hujung usia...
atau ku kan terus kecapi bahagia...

pergilah pergi wahai sang duka lara...
jangan kau hinggap di hati yang inginkan tawa ria...
sudah penat untukku rasa...
sakitnya amat berbisa...

bahagia...gembira...datanglah di hati...
agar tiada lagi insan yang disakiti...
cukup cuma aku yang merasai...
peritnya menjadi seorang yang dikhianati...

Tuhan...
berilah aku peluang dan kekuatan...
agar mampu kukesat tangisan...
yang bersembunyi di balik senyuman...

Tuesday, April 27, 2010

BilA DuNIa KiAn PaRaH MeNdErITA

Oleh : Nor Khairiah Binti Hamzah

Isu pemanasan global bukanlah satu isu baru untuk diperkatakan. Malahan, ia merupakan isu yang telahpun wujud berabad lamanya. Kajian terawal berkenaan dengan peningkatan suhu bumi ini telahpun dilakukan oleh Joseph Fourier dari Perancis pada tahun 1768-1830 yang mendapati bahawa, pembebasan gas-gas ke atmosfera boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi (Brenda & K.Lee. 2008). Setelah berkurun fakta ini ditemui, bayangkan situasi pada hari ini dan akan datang. Tatkala semua negara berlumba-lumba untuk mencapai status negara maju, banyak pusat perindustrian ditubuhkan. Situasi ini secara tidak langsung menjadi penyumbang terbesar terhadap pembebasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera yang seterusnya menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya isu ini semakin hangat dibincangkan. Resolusi untuk mencapai kata sepakat dunia dalam mengurangkan fenomena ini kerap kali dilaksanakan tetapi akhirnya hanya menemui jalan buntu. Setelah empat dekat Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelestarian alam sekitar, isu pemanasan global pasti dipilih menjadi topik utama. Bermula tahun 1989, isu ini telahpun menjadi tema kepada Hari Alam Sekitar Sedunia. Tema yang sama dipilih pada tahun 1991, dan telah diangkat sebanyak tiga kali secara berturut-turut sejak 2007.Perkara ini membuktikan kepada kita betapa dunia pada hari ini sedang menderita menanggung keperitannya. Semakin hari, peningkatan suhu bumi semakin meningkat yang menyebabkan bahangnya semakin dirasai. Atas kesedaran yang wujud, United Nation Environment Programme (UNEP), sekali lagi menjadikan isu perubahan iklim global sebagai fokus utama pada tahun 2009. Rentetan daripada kesungguhan tersebut, satu persidangan dunia berkenaan Perubahan Iklim Global(Global Climate Change Conference) telahpun diadakan di Conpenhagen, Denmark pada 7 hingga 18 Disember 2009. Persidangan yang menemukan wakil daripada seluruh dunia ini diharap dapat mencapai kata sepakat dalam mengurangkan masalah ini.

Jika kita imbau kembali sejarah, pencemaran alam yang agak kritikal telahpun berlaku lebih dua ratus tahun yang lalu iaitu ketika revolusi perindustrian. Pada waktu itu, aktiviti manusia telah menyumbang kepada peningkatan suhu bumi yang merangkumi darat dan laut. Dianggarkan, peningkatan suhu bumi berlaku antara 0.4 hingga 0.8 darjah Celsius dalam tempoh seratus tahun.

Peningkatan ini disebabkan oleh pelepasan gas-gas yang dikenali sebagai "gas rumah hijau", terutamanya karbon dioksida di ruang atmosfera. Isipadu karbon dioksida meningkat dari 280 ppm pada 1800 kepada 315 ppm (1958) dan 367 ppm (2000), peningkatan 31 peratus dalam tempoh 200 tahun (Utusan. Desember 2009).Keadaan menjadi lebih teruk apabila bahan api fosil digunakan sebagai sumber tenaga, serta penggondolan hutan dilakukan untuk projek pembangunan. Natijahnya, isi padu karbon dioksida dijangka terus meningkat di antara 540-970 ppm menjelang tahun 2100. Bencana alam yang sering berlaku sejak kebelakangan ini telah membuka mata banyak pihak mengenai peripentingnya mengawal keseimbangan alam sekitar terutamanya yang membabitkan industri besar. Umum mengetahui, tatkala bencana alam berlaku, banyak tanaman, tempat tinggal, dan ekosistem yang musnah. Perkara ini menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang besar untuk membaikpulih kepada keadaan sedia kala.

Jika kita masih ingat, dunia baru sahaja dilanda Taufan Katrina Di Amerika Syarikat pada tahun 2005 serta banjir luar biasa di Sumatera (2006). Tidak cukup dengan itu, Taufan Ketsana dan Parma di Filipina yang membawa banjir besar telahpun berlaku pada tahun 2009 yang mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia. Perkara ini boleh dianggap sebagai amaran bumi terhadap kealpaan dan kelekaan kita dalam menjaga keseimbangannya. Sungguh tinggi nilai yang harus dibayar apabila kesan daripada peningkatan suhu bumi ini mula menunjukkan taringnya. Di Malaysia misalnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, saiz negara semakin mengecil sehingga jarak 40 meter akibat hakisan pantai di 33 lokasi. Selain itu suhu di negara ini semakin meningkat kepanasannya berbanding 20 tahun lepas (Utusan. Desember 2009). Selain itu, peningkatan suhu bumi pada hari ini juga telah menyebabkan bilangan ribut taufan kategori 4 dan 5 meningkat dua kali ganda untuk beberapa dekad ini. Aras laut juga semakin meningkat sehingga menyebabkan kawasan rendah tidak lagi sesuai untuk didiami.Bertitik tolak kepada perkembangan kenaikan suhu bumi pada hari ini, United Nation Development Programme (UNDP) telah mengambil inisiatif untuk mengisytiharkan “perang” terhadap perubahan cuaca melalui Human Development Report (HDR) 2007/2008. Selari dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, usaha untuk menyedarkan masyarakat mengenai fenomena pemanasan global merupakan agenda utama dunia.

Tema HASS 2007, telah tertumpu terhadap usaha menyedarkan masyarakat betapa isipadu air laut telahpun meningkat sehingga memberi impak terhadap fenomena hakisan pantai serta pengecilan saiz sesebuah negara. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pencairan ais di kutub akibat daripada suhu bumi yang tinggi.Begitu juga dengan tema HASS 2008, yang mana ia lebih kepada mendedahkan tabiat manusia yang tidak mesra alam sehingga membawa kemudaratan seperti pencemaran alam sekitar, perubahan suhu bumi yang sekaligus mengundang bencana alam. Pada tahun 2009 juga, masih mengenai isu yang sama. HASS 2009 telah menekankan mengenai peripentingnya asas dan nilai dalam melindungi bumi. Nilai bekerjasama telah dipilih sebagai nilai utama dalam mencegah perubahan iklim.

Perkara ini merujuk kepada komitmen semua negara samada negara maju, membangun mahupun mundur bersama-sama berganding bahu dalam menyeimbangkan semula suhu bumi melalui pelestarian gaya hidup individu. Tiada lagi pihak yang boleh menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan, kerana ia adalah tanggungjawab bersama. Sejarah kegagalan Protokol Kyoto yang tidak mendapat persetujuan daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tidak seharusnya berulang kembali.Justeru, pemimpin dunia perlulah merealisasikan tema HASS 2009 melalui inisiatif Persidangan Perubahan Iklim Global yang telah diadakan di Copenhagen, Denmark. Jangan hanya sekadar persidangan, namun tiada memberikan apa-apa sumbangan terhadap perubahan iklim dunia yang semakin kritikal umpama telur dihujung tanduk. Persidangan ini boleh dianggap sebagai peristiwa besar dunia yang menjadi penutup tirai 2009. Namun, ia bukan bermakna usaha itu terhenti setakat persidangan itu sahaja. Malahan, kesinambungan usaha tersebut akan sentiasa diteruskan oleh semua negara.Walaupun, persidangan itu gagal mencapai matlamat konkrit untuk mengambil tindakan ke arah menangani isu pemanasan global tetapi sekurang-kurangnya pemimpin-pemimpin dunia telah mencapai komitmen politik yang jitu untuk berusaha bersungguh-sungguh menangani gejala pelepasan gas rumah hijau yang kini mengancam dunia (Utusan. Desember 2009). Secara tidak langsung, persidangan ini telah berjaya membuka mata semua pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat tentang kritikalnya ancaman yang sedang dihadapi oleh bumi akibat pemanasan global.Persidangan ini juga sedikit sebanyak telah berjaya membawa dua buah negara yang paling banyak menyumbang kepada pemanasan global untuk sama-sama bertolak ansur dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau terutama mengenai isu ketelusan maklumat dan data serta komitmen AS untuk menyumbang dana bagi membiayai program mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di negara-negara membangun (Utusan. Desember 2009).Namun, masih ada beberapa perkara yang perlu diperincikan bagi memastikan usaha persidangan ini mendapat sokongan daripada semua negara. Ini kerana, terdapat beberapa buah negara membangun seperti Venezuela, Cuba, Sudan dan Bolivia menentang cadangan AS itu dan menyifatkannya sebagai tidak dapat diterima kerana ia tidak menetapkan sasaran spesifik jumlah pengurangan pelepasan gas rumah hijau (Utusan. Desember 2009).

Sekiranya persidangan kali ini masih gagal mendapatkan kata sepakat untuk mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau di atmosfera, dikhuatiri negara-negara pulau seperti Maldives dan Botswana serta Bandar-bandar di pinggir pantai seperti Venice akan tenggelam dan negara seperti Nepal akan ditimbus glasier yang runtuh dari Pergunungan Himalaya.

Tuntasnya, isu pemanasan global ini tidak akan berakhir selagi mana tidak wujud kesedaran yang mendalam mengenainya. Usaha bersepadu daripada semua pihak, tidak kira individu mahupun industri di setiap negara juga haruslah mengambil langkah drastik dalam mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau yang boleh menyumbang kepada peningkatan suhu bumi. Hargailah bumi yang dikurniakan kepada kita sebaiknya, kerana, bumi yang bersih, membawa kehidupan yang sejahtera.

Friday, March 19, 2010

~bayi oh bayi....~

hmm...tahun ni, aku bakal menerima 4 orang baby baru dalam idup aku...acctually, 2 owg dah pun tengok dunia ni...tinggal lagi 2 org yang masih dlm perut mama-mama dia...hihihi

baby pertama lahir, anak sedara aku...nama dia mohd rashidi ishak...sebenarnya, dia anak kepada kakak tiri aku...minggu lepas, baru je tengok dia...comel sangat...hihihi...tapi, waktu tu x sempat nak amek gambar...cz waktu aku balik kampung tu, aku balik kejap jer...itupun sebab akak tiri aku yang kat pahang duk pujuk aku balik...hihihi...masa tu, memang best...walaupun just balik satu malam jer...tapi, sangat bermakna sebenarnya...lepas ni, ntah bila pula boleh balik kampung lagi...rindu plak rasanya...

ish...dah melalut panjang plak...hihihi...ha, baby kedua yang dah kuar adalah baby bakal akak ipar aku...insyaallah...andai dipanjangkan jodoh olehNYA...hihihi(malu plak). yang ni, baby girl lak...namanya agak panjang la...zul 'izazi afaf hayati...panjang kan?? habis la bakal suaminya nak akad nikah nanti...hihihi...tapi, aku just sempat tengok dalam FB jer...cz mama dia dah upload gambar...leh la nanti aku share dalam ni...hihihi...pun cumel...


zul 'izazi afaf hayati



sangat comel...moga jadi anak yang solehah...


ha...bulan 8 ni plak, aku bakal menerima 2 orang baby lagi...bukan baby aku yer...tapi ank abang aku n anak kepada anak sedara aku...ish...dah jadi nenek dah aku ni...tak sangka plak hidup aku sejauh ini dah...;-)

Thursday, January 28, 2010

DEMAM

Hai semua...sejak semalam, badan aku mula rasa tak sedap...
semalam, aku g ke Institut Jantung Negara n Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mintak sponser n kerjasama..

Alhamdulillah...layanan dyorang baik...
walaupun xdapat dari aspek duit, at least dapat untuk wat pameran bagai...
tu pun dah cukup...

Waktu aku ke hulur ke hilir tu la aku rasa tekak ni makin perit untuk menelan air liur..
dan pada waktu tu, aku dah mulai rasa lain dengan badan aku ni...

Tapi, memang pantang aku untuk melayan demam ni...
so, balik je dari minta sponser, aku mandi2, then terus g debat...
tapi, aku x sparring la...
just cari maklumat2 jer..

Pastu, balik je debat, badan aku terus x larat,,,,
aku terus tertido...

Pagi tu...bajet class batal....
ye la...kan hari mengundi...
tapinya, class tutor tu tetap ada k...
kul 11...memang down kejap...

Waktu aku siap2 nak g clas tu, memang ada niat nak g mengundi walaupun xtau nak pangkah sape..
tapi bila tengok org beratur bagai...malas la...
hihihi

Last2, memang aku x ngundi pun...
lantaklah apa jadi pun...
dah la badan aku panas giler waktu tu..
mukus pun asyik keluar jer...
huhuhu...

Then, aku terus jer g clas...
abes clas g makan...
pastu jumpa ngan lec aku sampai la petang...

kul 8, baru aku sampai bilik...
kononyer, bila kita x layan demam ni, makin kebah la kan...
tapinyer sebaliknyer plak yang berlaku...
temperature aku makin panas ada la...

X tahu la demam ni sebab rindu, or sebab mandi-manda kat PD aritu...
huhuhu...k la...xlarat dah..
nak tido plak...
salam..

Tuesday, January 26, 2010

RINDU

ntah kenapa, sejak semalam, aku asyik teringat kat mereka berdua...sehinggakan aku x mampu menahan airmata daripada terus mengalir...dan malam ini, sekali lagi airmata aku mengalir untuk mereka...mereka yang hampir 7 tahun meninggalkan aku...mereka yang amat aku sayang...pada siapa untuk aku mengadu...aku rindukan mereka...rindukan belaian mereka...rindukan pelukan mereka...sentuhan mereka...rindukan saat2 bersama mereka...rindu sangat2...

Ya Allah, letakkanlah mereka diantara org2 yang beriman...jauhkan mereka dari azab kubur dan api neraka...damaikanlah roh mereka...sesungguhnya, aku amat menyayangi dan mengasihani mereka...tanpa mereka, aku tidak lahir ke dunia...maka, Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku semasa aku kecil...tempatkanlah mereka dalam kalangan mujahid dan mujahiddah islam...ameen...

mak, ayah, ayong rindu...rindu sangat2...maafkan ayong...

Sunday, January 24, 2010

UPU VACATION - PD-

Hampir sekian lama x update blog, tetibe malam ni terdetik ati nak menulis something...
very sweet memory...nice so much... memang about happy family...

Walaupun UPU (urusetia perucapan umum) ni xde pertalian darah secara langsung,
tapi ikatan ukhwah kitowg sangatlah akrab...
sebab tu kami digelar keluarga UPU...huhuhu

Untuk tahun 2010 ni, buat pertama kalinya upu mengadakan vacation secara besar-besaran...
huhu...3 hari 2 malam, di Port Dickson...
memang best...

Acctually, terlalu banyak sangat aktiviti yang kitowang buat...
tapi, yang paling best adalah semasa mandi pantai...waktu naik banana boat n donut...
memang adventure...hihihi...

Waktu tu, macam dah x cukup suara jer nak menjerit...hahaha
waktu naik banana boat memang agak sakit sikit...coz, sampai kat tengah2 laut, dia akan jatuhkan semua org...so, nasib la macam mana...
yang aku memang x bley blah, bila aku jatuh, then pelampung yang aku pakai terbuka...
waktu tu plak, kat tengah2 laut...nasib baik aku sempat diselamatkan...tambah pulak, waktu tu aku x leh bernafas, cz perut aku terhentak something...
Ya Allah, memang Allah masih bagi aku peluang untuk terus hidup...Alhamdulillah...

Lepas je main banana boat, macam besala, duk mandi2 lagi, main tanam-tanam org dalam pasir, main istana pasir, posing2...n main kuiz2...regu pun kitowg main...huhuhu

Nak dijadikan cerita, waktu kitorg ngah wat istana pasir, tetiba ada sowg abg ni datang...
tau dia wat apa???

Dia datang duk promote donut boat....
katanya, best...ala2 kita drift gitew...
Pastu, aku pun ngan bangganya, nak mencuba...
Dan aku antara org pertama yang cuba benda alah tu, ngan suhaimi n kak mina...
acctually, menda tu leh naik 3 or 2 org...
RM 20 ringgit satu kepala...

Nak tau tak perasaan naik menda tuh???
Ya Allah...
Hanya tuhan jer yang tau macamana...
mula2 agak kecut perut...
bayangkanlah, dah la dia tarik laju...
then kita kene pegang betul2 kuat...
waktu dia pusing, memang rasa nak terjatuh...
tambah plak, kalu kita duk kat tepi...
memang rasa nak terjatuh dalam air la...hahaha
Kalu tangan x cukup kuat untuk pegang, lebih baik xyah naik...
cilap2, bley tercampak kat tengah2 laut tuh...
huhuhu...waktu ni la aku rasa macam tengah terbang...
dan kadang2 rasa kecut perut n xde suara nak menjerit lagi...huhuhu

Hmm...cukup la dulu takat ni...
mengantuk la pulak...
lagipun, sok pagi ada kuiz...hihihi (x baca apa pun lagi)...
cerita n gambar2...next entry la yer...
hehehe
banyak lagi benda nak citer benarnya...
papepun, vacation kali ni, memang best!
best sangat2!!!!

THANKS 4 ALL OF AKASIAN N ALAM....WE ARE HAPPY FAMILY EVER N EVER...
LUV U ALL....

MAJU DEBAT UNTUK UKM...(TIBAAA JAH...)

Friday, January 1, 2010

SeLaMaT TaHuN BaRu 2o1o

tak tahulah dah berapa lama aku x update blog ni...
mungkin sebab terlalu malas nak menulis...
walaupun, banyak je benda2 yang nak dikongsi bersama...
tapi, xpela...huhuhuhu

hari ni merupakan hari pertama 2010....
dan biasalah, bila tahun baru, kita mesti akan pasang azam baru...
tapi, aku sering bertanya pada diri aku sendiri...
sejauh mana azam yang kita pasanga pada awal tahun itu, kita ingat dan kita capai....
kadangkala, bila terlalu banyak azam, mesti ada yang terlupa...

hmmm...
pada aku, memang x salah memasang azam baru...
cz benda tu akan menjadi kerangka awal tindakan kita sepanjang tahun...
untuk tahun ni, azam aku lebih spesifik berbanding tahun2 sebelum ni...
nak tau apa dia??

antara azam2 aku adalah :

1) nak amalkan cara hidup sihat-bersenam setiap petang
2) nak dapatkan sijil2 debat dan aktiviti lain yang masih belum dapat
3) nak naik debat dan pergi ke final
4) nak dapat 4.00 untuk final exam ni
5) nak lebih berdikari dari semua aspek

nielah azam aku yang aku nak capai tahun ni...
azam ni x sama ngan azam tahun baru islam...
untuk tahun islam...
aku juga mempunyai azam yang tersendiri...
apa kandungan azam tu, biarlah menjadi rahsia...
kang org kata riak plak...
huhuhu

apa2 pun, aku akan cuba sedaya upaya untuk mencapai setiap azam yang dah aku gariskan ni...
dan, tahun ni merupakan semester akhir aku di universiti, so, aku kene do something untuk masa depan aku...