Thursday, August 14, 2014

GERAM****

Kadang-kadang rasa hilang sabar dengan blog ni...mana taknya...time kita bersungguh n bersemang nak menulis...time tu la tak boleh nak buka...wrong pasword la...macam2...haishhhh...gerammmmmmmm jer rasa...

Then bila godek2 balik...boleh pulak...memang membantutkan mood nk menulis...huuu...sabor je la...

Wednesday, May 7, 2014

RupaNya HaRi iNi HaRi CutY~~~

Ni kisah aku untuk hari ni...sepatutnya aku ad appoimnt klinik untuk BSP... Disebabkan BSP ni memerlukan aku ulang alik ke klinik sebanyak 4kali sehari. So, aku pun freekan la masa aku untuk hari ni...Malam tadi macam biasa...aku tetap lelapkan mata dalam jam 4pagi walaupun semalam tu aku x tdo siang...tak tahulah ini sebab pembawakan budak atau apa...tapi yang perasan...sejak mengandung 5 bulan ni...memang mata terlalu susah nak lelap walaupun badan teramatlah letih...:(

wahai baby...be nice to momy k...cz ur babah duk jauh...nnty da kuar jangan berjaga malam2 macam momy tau:)

So, berbalik kepada cerita hari ini, aku dengan semangatnya bangun sembahyang subuh macam biasa,then tunggu jam kul 7.45 untuk pegi ke klinik...Sampi kat klinik, aku agak pelik sebab xbanyak kereta parking...Kira senang cakap lengang la klinik arini...kalu x, nak parking kereta pun berpusing:)

Then tanpa pikir panjang, aku pun masuk je kat dalam macam biasa...Lagi terkejut sebab ad sorang je patient yg pgg baby n sedang menunggu...then ad la 2-3 orang nurse kat situ...Bahagian pesakit luar mmg gelap...xde sorang pun kat situ...

Dalam 15minit macam tu, nama aku dipanggil...terus masuk ke bilik rawatan 2...then soalan dia, kenapa datang hari ini???Ada ke nurse tu tanya ak camtu...aku pun cakap la yng aritu nurse gak duk tel aku bgtau BSP buat 7hb...so, aku dtg la...then dia pun cakap hari ni cuti...Aku pun pelik...Pahang cuti hari ni??? (dlm aty mmg excited...sbb perut sgt lapar ok!!!)

So, aku pun keluar dengan senyum lebar...membayangkan makanan yang aku boleh makan lepas tu :)

Ntw balik, aku singgah kat food court tepi jalan...haaa nak tau apa aku beli???aku beli kuih, pastu nasi kerabu daging...nasi berlauk ayam...ngan soto:) beli siap2 untuk stok sehari makan k...huhu

Baby la paling happy sbb momy dia makan banyak arini...:)

ok la...next tyme sambung lagi k...byeeeeee!!!




Saturday, May 3, 2014

~~Sakit pinggang...

Hai semua,,,

Hari ni hari cuti...tapi keje macam aku ni...bila2 pun hari cuti gak...hahahaha

Sebenarnya tak tau nak tulis apa hari ni...cuma nak bgtau yang pinggang n perut aku agak sakit 2-3 hari ni...
Mungkin sebab kesan aku angkat kotak susu kambing tempoh hari kot...
Ye la...mana taknya, berat kotak tu dlm 12kg kot...da la preggy...hmmm...tp kalu aku x angkat sapa nk angkat...huby da la duk jauh...harap2 la dia dapt tukar cepat:)

Sekarang ni aku cuma mampu berdoa n ckp kat bby supaya dia kuat duk dlm perut ak ni...al maklumla...mumy dia ni lasak sikit...pernah satu hari tyme kursus, aku duk berlari nk kejar tempat...semua org duk kata kat aku supaya hati2..huhu...insyaallah, after this mumy akan sopan santun k bby:)

Ok la...cukup takat ni dulu k...sbb xlarat nk duk lama...pinggang xberapa nk selesa skang ni:)

Bbyeeeeee...

Thursday, May 1, 2014

~~ThrowBacK KehiDuPaN

Tetiba rasa rindu dengan moment kawen 1 tahun yang lepas...
Acctually, tarikh nikah aku 29 Mac 2013, tapi tarikh resepsi pula 1 Jun 2013 (21 Rejab)...
So, aku ada 2 tarikh untuk anniversary...hahaha...tapi aku lagi prefer untuk celebrate 1 Jun kot...sebab cuti sekolah agak panjang :)
Almaklumla...suami saya tu cikgu...jadi kalu tak cuti, gamaknya xle la nk sambut bagai...

Kehidupan aku ternyata berubah 360 darjah lepas bergelar isteri org... Tak sangka perkenalan selama hampir 7 tahun membawa kami ke jinjang pelamin...Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga Allah...insyaallah :)


Ni masa akad nikah :) 
Ni malam resepsi...tyme ni xdan nak pakai inai lagi :p


ha...ni tyme resepsi 1jun13 :)





































Disebalik perkahwinan ni, banyak cerita manis dan pahit sebenarnya...tapi biarla ia hanya menjadi satu sejarah dan pengajaran dalam hidup ni...

Sungguh!!!perkahwinan ni menjadikan aku lebih dewasa...dan yang paling aku happy, bilamana aku rasa sentiasa dilindungi setelah sekian lama hidup sendiri...

Alhamdulillah...aku bersyukur sangat dengan anugerah terindah ini...Fakhrur Razi bin Shamsukamar...insan yang paling istimewa...insan pertama yang bertakhta di hati...dan pastinya dia tidak akan ada pengganti:)

Hadirnya dia bergelar suami melengkapkan diri aku yang sebelum ini kosong dengan kasih sayang...Ternyata...dia pengubat rindu aku pada arwah mak dan ayah...Terima kasih Allah :)

AkU KeMbALi~~~

Ya allah...setelah hampir 4 tahun menyepi dari dunia blogging...kini aku kembali...

Bukan apa...sebenarnya dah terlupa pasword n cara nak buka blog ni...
Tapi bila nak buat yang baru...macam sayang plak...sebab blog ni bermulanya cerita aku :)

So, hari ni, detik 3.00pg, aku gigihkan juga diri ini untuk try n error macamana nak log in semula blog ni:)

Dan akhirnya alhamdulillah...aku berjaya!!!

Rasa nak melompat2 pun ada bila dah bley update blog ni...:)


Monday, May 17, 2010

~ PuTaRaN KehIdUpaN~

andai waktu mampuku putar...
pastinya kesilapan ini tidak ku lakukan...
andai waktu mampuku kawal...
pastinya kebahagiaan kuhadiahkan buat semua...

namun apakan dayaku sebagai manusia...
yang hanya mampu bersserah pada yang ESA...
adakah ku kan rebah di hujung usia...
atau ku kan terus kecapi bahagia...

pergilah pergi wahai sang duka lara...
jangan kau hinggap di hati yang inginkan tawa ria...
sudah penat untukku rasa...
sakitnya amat berbisa...

bahagia...gembira...datanglah di hati...
agar tiada lagi insan yang disakiti...
cukup cuma aku yang merasai...
peritnya menjadi seorang yang dikhianati...

Tuhan...
berilah aku peluang dan kekuatan...
agar mampu kukesat tangisan...
yang bersembunyi di balik senyuman...

Tuesday, April 27, 2010

BilA DuNIa KiAn PaRaH MeNdErITA

Oleh : Nor Khairiah Binti Hamzah

Isu pemanasan global bukanlah satu isu baru untuk diperkatakan. Malahan, ia merupakan isu yang telahpun wujud berabad lamanya. Kajian terawal berkenaan dengan peningkatan suhu bumi ini telahpun dilakukan oleh Joseph Fourier dari Perancis pada tahun 1768-1830 yang mendapati bahawa, pembebasan gas-gas ke atmosfera boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi (Brenda & K.Lee. 2008). Setelah berkurun fakta ini ditemui, bayangkan situasi pada hari ini dan akan datang. Tatkala semua negara berlumba-lumba untuk mencapai status negara maju, banyak pusat perindustrian ditubuhkan. Situasi ini secara tidak langsung menjadi penyumbang terbesar terhadap pembebasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera yang seterusnya menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya isu ini semakin hangat dibincangkan. Resolusi untuk mencapai kata sepakat dunia dalam mengurangkan fenomena ini kerap kali dilaksanakan tetapi akhirnya hanya menemui jalan buntu. Setelah empat dekat Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelestarian alam sekitar, isu pemanasan global pasti dipilih menjadi topik utama. Bermula tahun 1989, isu ini telahpun menjadi tema kepada Hari Alam Sekitar Sedunia. Tema yang sama dipilih pada tahun 1991, dan telah diangkat sebanyak tiga kali secara berturut-turut sejak 2007.Perkara ini membuktikan kepada kita betapa dunia pada hari ini sedang menderita menanggung keperitannya. Semakin hari, peningkatan suhu bumi semakin meningkat yang menyebabkan bahangnya semakin dirasai. Atas kesedaran yang wujud, United Nation Environment Programme (UNEP), sekali lagi menjadikan isu perubahan iklim global sebagai fokus utama pada tahun 2009. Rentetan daripada kesungguhan tersebut, satu persidangan dunia berkenaan Perubahan Iklim Global(Global Climate Change Conference) telahpun diadakan di Conpenhagen, Denmark pada 7 hingga 18 Disember 2009. Persidangan yang menemukan wakil daripada seluruh dunia ini diharap dapat mencapai kata sepakat dalam mengurangkan masalah ini.

Jika kita imbau kembali sejarah, pencemaran alam yang agak kritikal telahpun berlaku lebih dua ratus tahun yang lalu iaitu ketika revolusi perindustrian. Pada waktu itu, aktiviti manusia telah menyumbang kepada peningkatan suhu bumi yang merangkumi darat dan laut. Dianggarkan, peningkatan suhu bumi berlaku antara 0.4 hingga 0.8 darjah Celsius dalam tempoh seratus tahun.

Peningkatan ini disebabkan oleh pelepasan gas-gas yang dikenali sebagai "gas rumah hijau", terutamanya karbon dioksida di ruang atmosfera. Isipadu karbon dioksida meningkat dari 280 ppm pada 1800 kepada 315 ppm (1958) dan 367 ppm (2000), peningkatan 31 peratus dalam tempoh 200 tahun (Utusan. Desember 2009).Keadaan menjadi lebih teruk apabila bahan api fosil digunakan sebagai sumber tenaga, serta penggondolan hutan dilakukan untuk projek pembangunan. Natijahnya, isi padu karbon dioksida dijangka terus meningkat di antara 540-970 ppm menjelang tahun 2100. Bencana alam yang sering berlaku sejak kebelakangan ini telah membuka mata banyak pihak mengenai peripentingnya mengawal keseimbangan alam sekitar terutamanya yang membabitkan industri besar. Umum mengetahui, tatkala bencana alam berlaku, banyak tanaman, tempat tinggal, dan ekosistem yang musnah. Perkara ini menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang besar untuk membaikpulih kepada keadaan sedia kala.

Jika kita masih ingat, dunia baru sahaja dilanda Taufan Katrina Di Amerika Syarikat pada tahun 2005 serta banjir luar biasa di Sumatera (2006). Tidak cukup dengan itu, Taufan Ketsana dan Parma di Filipina yang membawa banjir besar telahpun berlaku pada tahun 2009 yang mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia. Perkara ini boleh dianggap sebagai amaran bumi terhadap kealpaan dan kelekaan kita dalam menjaga keseimbangannya. Sungguh tinggi nilai yang harus dibayar apabila kesan daripada peningkatan suhu bumi ini mula menunjukkan taringnya. Di Malaysia misalnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, saiz negara semakin mengecil sehingga jarak 40 meter akibat hakisan pantai di 33 lokasi. Selain itu suhu di negara ini semakin meningkat kepanasannya berbanding 20 tahun lepas (Utusan. Desember 2009). Selain itu, peningkatan suhu bumi pada hari ini juga telah menyebabkan bilangan ribut taufan kategori 4 dan 5 meningkat dua kali ganda untuk beberapa dekad ini. Aras laut juga semakin meningkat sehingga menyebabkan kawasan rendah tidak lagi sesuai untuk didiami.Bertitik tolak kepada perkembangan kenaikan suhu bumi pada hari ini, United Nation Development Programme (UNDP) telah mengambil inisiatif untuk mengisytiharkan “perang” terhadap perubahan cuaca melalui Human Development Report (HDR) 2007/2008. Selari dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, usaha untuk menyedarkan masyarakat mengenai fenomena pemanasan global merupakan agenda utama dunia.

Tema HASS 2007, telah tertumpu terhadap usaha menyedarkan masyarakat betapa isipadu air laut telahpun meningkat sehingga memberi impak terhadap fenomena hakisan pantai serta pengecilan saiz sesebuah negara. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pencairan ais di kutub akibat daripada suhu bumi yang tinggi.Begitu juga dengan tema HASS 2008, yang mana ia lebih kepada mendedahkan tabiat manusia yang tidak mesra alam sehingga membawa kemudaratan seperti pencemaran alam sekitar, perubahan suhu bumi yang sekaligus mengundang bencana alam. Pada tahun 2009 juga, masih mengenai isu yang sama. HASS 2009 telah menekankan mengenai peripentingnya asas dan nilai dalam melindungi bumi. Nilai bekerjasama telah dipilih sebagai nilai utama dalam mencegah perubahan iklim.

Perkara ini merujuk kepada komitmen semua negara samada negara maju, membangun mahupun mundur bersama-sama berganding bahu dalam menyeimbangkan semula suhu bumi melalui pelestarian gaya hidup individu. Tiada lagi pihak yang boleh menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan, kerana ia adalah tanggungjawab bersama. Sejarah kegagalan Protokol Kyoto yang tidak mendapat persetujuan daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tidak seharusnya berulang kembali.Justeru, pemimpin dunia perlulah merealisasikan tema HASS 2009 melalui inisiatif Persidangan Perubahan Iklim Global yang telah diadakan di Copenhagen, Denmark. Jangan hanya sekadar persidangan, namun tiada memberikan apa-apa sumbangan terhadap perubahan iklim dunia yang semakin kritikal umpama telur dihujung tanduk. Persidangan ini boleh dianggap sebagai peristiwa besar dunia yang menjadi penutup tirai 2009. Namun, ia bukan bermakna usaha itu terhenti setakat persidangan itu sahaja. Malahan, kesinambungan usaha tersebut akan sentiasa diteruskan oleh semua negara.Walaupun, persidangan itu gagal mencapai matlamat konkrit untuk mengambil tindakan ke arah menangani isu pemanasan global tetapi sekurang-kurangnya pemimpin-pemimpin dunia telah mencapai komitmen politik yang jitu untuk berusaha bersungguh-sungguh menangani gejala pelepasan gas rumah hijau yang kini mengancam dunia (Utusan. Desember 2009). Secara tidak langsung, persidangan ini telah berjaya membuka mata semua pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat tentang kritikalnya ancaman yang sedang dihadapi oleh bumi akibat pemanasan global.Persidangan ini juga sedikit sebanyak telah berjaya membawa dua buah negara yang paling banyak menyumbang kepada pemanasan global untuk sama-sama bertolak ansur dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau terutama mengenai isu ketelusan maklumat dan data serta komitmen AS untuk menyumbang dana bagi membiayai program mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di negara-negara membangun (Utusan. Desember 2009).Namun, masih ada beberapa perkara yang perlu diperincikan bagi memastikan usaha persidangan ini mendapat sokongan daripada semua negara. Ini kerana, terdapat beberapa buah negara membangun seperti Venezuela, Cuba, Sudan dan Bolivia menentang cadangan AS itu dan menyifatkannya sebagai tidak dapat diterima kerana ia tidak menetapkan sasaran spesifik jumlah pengurangan pelepasan gas rumah hijau (Utusan. Desember 2009).

Sekiranya persidangan kali ini masih gagal mendapatkan kata sepakat untuk mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau di atmosfera, dikhuatiri negara-negara pulau seperti Maldives dan Botswana serta Bandar-bandar di pinggir pantai seperti Venice akan tenggelam dan negara seperti Nepal akan ditimbus glasier yang runtuh dari Pergunungan Himalaya.

Tuntasnya, isu pemanasan global ini tidak akan berakhir selagi mana tidak wujud kesedaran yang mendalam mengenainya. Usaha bersepadu daripada semua pihak, tidak kira individu mahupun industri di setiap negara juga haruslah mengambil langkah drastik dalam mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau yang boleh menyumbang kepada peningkatan suhu bumi. Hargailah bumi yang dikurniakan kepada kita sebaiknya, kerana, bumi yang bersih, membawa kehidupan yang sejahtera.